Ahlan wasahlan! Selamat Datang!

Nak buat Umrah dengan jadual fleksibel tapi kurang yakin nak buat Umrah DIY?

Ramai yang nak melaksanakan Umrah, namun ada saja halangan. 

Sibuk dengan jadual kerja sampai tak boleh nak lakukan Umrah 11 hari 10 malam seperti kebiasaan pakej yang ditawarkan.

Ada juga yang tak yakin sebab ahli keluarga memerlukan keperluan khas seperti dialisis dan kerusi roda. Tambahan pula, niat nak laksanakan Umrah dengan anggota keluarga yang sudah berumur ada juga yang nak bawa ahli keluarga yang kelainan upaya (OKU).

Oleh sebab-sebab ini, mereka menjadi bimbang untuk melaksakan umrah bersama group yang besar ataupun secara Umrah DIY.

Jom, kami tunjukkan bagaimana anda boleh menunaikan Umrah sendiri dengan fleksibel, bebas menyusun tarikh dan jadual serta aktiviti mengikut bajet anda sendiri, agar niat untuk melaksanakan ibadah Umrah bersama yang tersayang terlaksana insya-ALLAH!

Jemaah Private Umrah Hijrah

Perkenalkan, Umrah Private. fleksibel & khas untuk anda sekeluarga!

Cuba bayangkan anda sedang melaksanakan umrah bersama keluarga dengan pilihan masa serta aktiviti sendiri, susun atur perjalanan pula tidak perlu terikat dengan group yang besar. Paling best, semua itu mengikut bajet anda! Seakan-akan sedang melaksanakan Umrah DIY, tetapi anda tak perlu habiskan banyak masa nak kena kaji peta, tercari-cari hotel, pengangkutan dan tempat makan.

Kita datang ke Tanah Suci untuk beribadah, bukan seperti bercuti ke tempat lain. Kita bebas untuk explore ke mana yang kita suka. Umrah ini adalah perjalanan ibadah yang perlukan penghayatan dan fokus. Jika silap, ada kesan buruknya. Masa yang ada lebih baik anda habiskan untuk beribadat. Jika anda pergi bersama Umrah Hijrah anda dah tak perlu risau, sebab..

1. Anda tak perlu ikut group yang besar, hanya anda dan keluarga sahaja..

2. Kita sama-sama susun perjalanan dan aktiviti anda sebelum terbang ke Tanah Suci..

3. Sampai di sana, kami sediakan Mutawif untuk bantu dan guide anda..

4. Kami juga sediakan Online Support 24 Jam untuk anda bertanya segala perkara sepanjang berada di sana.

Semua ini khas supaya anda boleh fokus dan tenang melakukan ibadah di Tanah Suci. InsyaAllah!

Tapi.. nanti dulu… Sebelum itu, biar kami perkenalkan diri terlebih dahulu..

Siapa Kami

Umrah Hijrah merupakan sebuah jenama yang bernaung di bawah seliaan ARBA Travel & Tours Sdn Bhd, syarikat yang dinobatkan sebagai ‘Top 30 SME in Malaysia’ pada 2017 oleh SME Corp Malaysia selepas 3 tahun ditubuhkan.

Dengan pengurusan syarikat dan pasukan yang mantap, kami telah menerbangkan lebih ribuan pelanggan untuk menikmati Halal Tourism di serata dunia. Bagi Umrah pula, kami telah bermula sejak 2019. Namun atas halangan lock-down semuanya terpaksa ditangguh dan kami bermula semula pada tahun 2022. Alhamdulillah berjaya menerbangkan ramai jemaah dengan pakej Private dan group!

Apa yang istimewa tentang Umrah Hijrah adalah, semua pakej dan modul umrah kami bina berdasarkan pengalaman dua tokoh agama selepas menuntut ilmu di Mekah dan Jordan. Mereka adalah Ustaz Rahman & Ust Azlan Shah, Graduan Uni. Yarmouk, Jordan.

Kami tahu bahawa penghayatan Umrah tidak hanya tentang keselesaan fizikal, tetapi juga rohani. Dengan modul bimbingan khas, setiap detik Umrah anda akan diisi dengan penghayatan yang mendalam, menjadikan pengalaman ini suatu yang tidak dapat dilupakan.

Sedar umrah bukan sekadar perjalanan percutian ke Tanah Suci, tetapi satu perjalanan rohani yang mendalam dan bermakna. Pengurusan syarikat mestilah yang terbaik, dengan pengalaman membawa ratusan ribu orang melancong ke seluruh negara bersama ARBA Travel & Tours, kami yakin anda akan memperoleh kepuasan dan pengalaman terbaik. InsyaAllah.

Mengikut bajet & pilihan anda.

Umrah Private dengan kos RM7,xxx seorang ?

Atau anda mahu kami uruskan 100% dan duduk di hotel jarak dekat, hanya 50 meter dari Masjidil Haram ?

Ya betul. Sebenarnya ia tidak begitu sukar untuk dilakukan. Kami telah lakukannya dan boleh rancang keseluruhan itinerary untuk anda seperti mereke semua..

Kami ambil contoh situasi Puan Sha yang baru pertama kali ke Tanah Suci.

Alhamdulillah beliau berjaya menunaikan Umrah bersama dua orang anak termasuk seorang anak istimewanya. Beliau bimbang jika bersama group yang besar akan mengganggu perjalanan jemaah lain kerana perlu mengikut jadual yang telah diatur.

Beliau juga seperti anda, bimbang akan risiko jika melaksanakan Umrah DIY yang mungkin terdedah kepada risiko terutamanya dalam isu membabitkan bimbingan umrah, hukum dan jika berlaku perkara seperti mengalami masalah kesihatan, kehilangan di Tanah Suci atau kematian.

testimoni umrah hijrah puan sha

Umrah Private sesuai bagi golongan berikut

Mempunyai Keperluan Khas

Warga emas atau individu yang memerlukan perhatian peribadi dan bimbingan khusus semasa ibadah Umrah.

Usahawan & Ahli Korporat

Jadual perjalanan yang fleksibel mengikut kemahuan anda dan semuanya diuruskan pihak Umrah Hijrah.

Kumpulan Keluarga

Keluarga yang ingin menikmati keselesaan dan kemudahan tertentu, seperti fleksibiliti jadual perjalanan dan penginapan di hotel berdekatan dengan Masjid.

Mahukan Privasi & Perhatian khusus

Untuk anda yang ingin menjalani Umrah tanpa kehadiran kumpulan yang besar dan pengalaman ekslusif.

Berurusan Dengan Kami Sangat Muda

Whatsapp Kami

Isikan Maklumat Anda Dibawah:

No Tel

03-8687 4950

Email

salam@umrahhijrah.com

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat 9.45AM – 3.45PM (Selain Cuti Umum)

Alamat

Umrah Hijrah by ARBA Travel & Tours Sdn Bhd K-3-01, Conezion, Persiaran IRC3, IOI Resort City, 62502, Putrajaya

2024 Hak Cipta UmrahHijrah by ARBA Travel