Nak laksanakan Umrah, tapi bimbang perkara berikut?
Jom, kami bantu anda untuk tunaikan Umrah secara Private! Fleksibel, bebas pilih tarikh & susun aktiviti mengikut pilihan serta bajet anda.
Cuba bayangkan anda sedang melaksanakan umrah bersama keluarga dengan pilihan masa serta aktiviti sendiri, susun atur perjalanan pula tidak perlu terikat dengan group yang besar. Paling best, semua itu mengikut bajet anda! Seakan-akan sedang melaksanakan Umrah DIY, tetapi anda tak perlu habiskan banyak masa nak kena kaji peta, tercari-cari hotel, pengangkutan dan tempat makan.
Kita datang ke Tanah Suci untuk beribadah, bukan seperti bercuti ke tempat lain. Kita bebas untuk explore ke mana yang kita suka. Umrah ini adalah perjalanan ibadah yang perlukan penghayatan dan fokus. Jika silap, ada kesan buruknya. Masa yang ada lebih baik anda habiskan untuk beribadat. Jika anda pergi bersama Umrah Hijrah anda dah tak perlu risau, sebab..
1. Anda tak perlu ikut group yang besar, hanya anda dan keluarga sahaja..
2. Kita sama-sama susun perjalanan dan aktiviti anda sebelum terbang ke Tanah Suci..
3. Sampai di sana, kami sediakan Mutawif untuk bantu dan guide anda..
4. Kami juga sediakan Online Support 24 Jam untuk anda bertanya segala perkara sepanjang berada di sana.
Semua ini khas supaya anda boleh fokus dan tenang melakukan ibadah di Tanah Suci seperti mereka. InsyaAllah!
Antara Jemaah Umrah Private yang pernah bersama kami di Umrah Hijrah
Umrah Hijrah merupakan sebuah jenama yang bernaung di bawah seliaan ARBA Travel & Tours Sdn Bhd, syarikat yang dinobatkan sebagai ‘Top 30 SME in Malaysia’ pada 2017 oleh SME Corp Malaysia selepas 3 tahun ditubuhkan.
Dengan pengurusan syarikat dan pasukan yang mantap, kami telah menerbangkan lebih ribuan pelanggan untuk menikmati percutian Halal di serata dunia. Bagi Umrah pula, kami telah bermula sejak 2019. Namun atas halangan lock-down semuanya terpaksa ditangguh dan kami bermula semula pada tahun 2022. Alhamdulillah berjaya menerbangkan ramai jemaah dengan pakej Private dan group!
Apa yang istimewa tentang Umrah Hijrah adalah, semua pakej dan modul umrah kami bina berdasarkan pengalaman dua tokoh agama selepas menuntut ilmu di Mekah dan Jordan. Mereka adalah Ustaz Rahman, Graduan Uni. Ummul Qura – Al Hafiz (Pengalaman mengurus jemaah Umrah lebih 10 tahun) & Ust Azlan Shah, Graduan Uni. Yarmouk, Jordan.
Sedar umrah bukan sekadar perjalanan percutian ke Tanah Suci, tetapi satu perjalanan rohani yang mendalam dan bermakna. Pengurusan syarikat mestilah yang terbaik, dengan pengalaman membawa ratusan ribu orang melancong ke seluruh negara bersama ARBA Travel & Tours, kami yakin anda akan memperoleh kepuasan dan pengalaman terbaik. InsyaAllah.
Antara Feedback
Jemaah Umrah Private
Kami ambil contoh situasi Puan Sha yang baru pertama kali ke Tanah Suci.
Alhamdulillah beliau berjaya menunaikan Umrah bersama dua orang anak termasuk seorang anak istimewanya. Beliau bimbang jika bersama group yang besar akan mengganggu perjalanan jemaah lain kerana perlu mengikut jadual yang telah diatur.
Beliau juga seperti anda, bimbang akan risiko jika melaksanakan Umrah DIY yang mungkin terdedah kepada risiko terutamanya dalam isu membabitkan bimbingan umrah, hukum dan jika berlaku perkara seperti mengalami masalah kesihatan, kehilangan di Tanah Suci atau kematian.
1
Isi borang dibawah untuk berhubung dengan consultant UmrahHijrah.
2
Anda boleh pilih tarikh, flight, hotel dan aktiviti mengikut kesesuaian & bajet.
3
Support akan diberikan kepada anda sebelum dan sepanjang Umrah.
SOAL JAWAB PAKEJ UMRAH PRIVATE
Anda tak perlu habiskan banyak masa nak kena kaji peta, tercari-cari hotel, pengangkutan dan tempat makan. Hanya perlu fokus kepada ibadah. Kami uruskan semuanya mengikut bajet anda.
Terpulang kepada kesesuaian masa yang anda pilih. Ada jemaah yang pernah peri 5 hari 4 malam, ada juga lebih 20 hari.
Kami akan bantu menguruskan trip umrah private anda dengan mencadangkan aturcara, aktiviti dan sediakan pilihan perkhidmatan lain seperti tempahan flight, hotel, mutawif serta bimbingan khusus.
Boleh. Namun, pembayaran penuh mesti dilakukan 40 hari sebelum tarikh penerbangan.
Mengikut bajet & pilihan anda.
Umrah Private dengan kos RM7,xxx seorang ?
Atau anda mahu kami uruskan 100% dan duduk di hotel jarak dekat, hanya 50 meter dari Masjidil Haram ?
Ya betul. Sebenarnya ia tidak begitu sukar untuk dilakukan. Kami telah lakukannya dan boleh rancang keseluruhan itinerary untuk anda seperti mereke semua..
Kami ambil contoh situasi Puan Sha yang baru pertama kali ke Tanah Suci.
Alhamdulillah beliau berjaya menunaikan Umrah bersama dua orang anak termasuk seorang anak istimewanya. Beliau bimbang jika bersama group yang besar akan mengganggu perjalanan jemaah lain kerana perlu mengikut jadual yang telah diatur.
Beliau juga seperti anda, bimbang akan risiko jika melaksanakan Umrah DIY yang mungkin terdedah kepada risiko terutamanya dalam isu membabitkan bimbingan umrah, hukum dan jika berlaku perkara seperti mengalami masalah kesihatan, kehilangan di Tanah Suci atau kematian.
© 2024 UMRAHHIJRAH. All Rights Reserved.